Selasa, 4 November 2008

Yum, yum... Pernah makan? Pernah buat sendiri?

Putu piring adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang banyak dijual di pasar malam. Ia diperbuat daripada tepung ubi, yang berintikan nisan atau gula Melaka -- bahan-bahan yang hampir sama dengan putu mayam yang dikatakan berasal dari selatan India dan Sri Lanka.

Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).

Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning.

Selain daripada putu piring, terdapat juga putu buluh.

Pernah rasa? Suka tak?

Nak tahu bagaimana nak menjadi usahawan putu piring ? Hubungi kami segera untuk maklumat tentang pakej

2 ulasan:

  1. Satu Program yang bagus , perlu diketengahkan untuk membantu orang yang tiada kerja untuk dilatih menjadi usahawan

    BalasPadam
  2. Syabas dan tahniah buat anda,"nani putu piring".Atas semangat dan niat anda untuk membantu dan menggalak kaum melayu khasnya untuk terbabit dalam bidang perniagaan.Kata orang bijak pandai "Biar kecil asal berhasil,daripada besar akhirnya bubar".

    BalasPadam